Friday, January 6, 2012

Aku tidak akan Persiakan dirimu..~

Kau lupakanlah setiap masa lalumu.. Binalah hidup barumu dengan diriku.. Aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk memahamimu selagi kau mempercayaiku, setia pada diriku dan selagi kau x berpura-pura dengan diriku.. Aku berjanji dengan sepenuh hatiku agar dirimu tidak akan ku persia.. Lautan x berapi dan gunung x tinggi.. Cinta yang tulus sebenarnya belum pernah terjadi diantara kita... kerana ingin beri manusia putus asa dan merasa perasaan duka merana...

Janganlah kau ulangi lagi kesilapan yang pernah kau lakukan... Ceritalah kepada diriku tentang dirimu agar aku mengerti.. Cerita yang sedih tentang masa lalumu itu, aku tidak mahu mendengarnya... kerana aku juga pernah melalui permainan cinta dan pernah dikecewakan oleh seseorang.. Jika aku turutkan rasa hatiku ini.. Hidupku akan rosak... Mulakan hidup barumu bersamaku dengan cinta dan mimpi yang baru serta merasai kebahagiaan kita bersama.. Aku berjanji sepenuh hatiku supaya tidak mempersiakan dirimu.. Percayalah kepadaku sayang... Aku juga ingin merasai kenikmatan dalam percintaan...

Ingin aku katakan sesuatu padamu sayang.. Aku harap engkau mengerti.. Sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu... Aku tidak mahu berpisah denganmu... Pertama kali aku bertemu dengan dirimu, aku berasa sangat bahagia... Aku juga mengingati sebagaimana kita berjumpa buat kali pertama... Aku berasa bahagia ketika bersamamu.. Kau sering membuatkan aku tersenyum riang.. Kau juga menjadikan hari2ku amat bermakna... Setiap hari kau menciptakan sebuah kenangan kita bersama...

Percayalah pada diriku... Sesungguhnya aku tidak akan mempersiakan dirmu sebagaimana orang lain mempersiakan dirimu sebelum ini... Akan aku pertahankan kasih yang kita semaikan ini... Dari kiasan kata-kataku ini, aku berharap agar engkau mengerti apa yang ingin aku sampaikan.. Ingatlah, sesungguhnya kamu tidak keseorangan.. Aku sentiasa disisi dan dihatimu sayang~

# ~ peace ~

Khas untukmu sayang... Az-One

No comments:

Post a Comment