Monday, January 2, 2012

Cinta Suci Dipersiakan..

Izinkan diri aku untuk meluahkan perasaan yang berada di dalam hatiku ini dan maafkan lah diri aku jika engkau terasa.. Biarlah aku ceritakan apa yang telah terjadi di antara kita agar engkau tidak mengulanginya lagi... Aku tidak sngka engkau sanggup berpaling tadah dengan diriku ini setelah begitu lama kita menjalinkan cinta.. dalam diam kau sudah pn berpunya, tanpa aku sedari semuanya..

Jika itu pilihanmu, aku tidak akan menghalangnya.. Aku juga akan mendoakan agar kau bahagia bersama insan yang kau suka... Percintaan kita x smpai kemana, hnya setakat dibibir saja.. Kau bina mahligai dari air mataku yg jatuh berderai diwajah sepiku... Hancurnya hatiku ini hingga x terkata.. Aku seperti dihumban di ketepian jalan.. Tetapi aku masih ingat janji manis dan saat romantis kita berdua..Engkau meminta agar diriku setia pada dirimu.. malah kau sebaliknya... Kau yang berubah dan x setia pada diriku..

Wahai Tuhanku,, tabahkan lah hatiku ini dengan dugaanMu.. Temukan lah aku dengan ketenangan.. jiwa ku ini sedang dibelasah rindu pada dirinya... Tetapi apakan dayaku.. Aku cuba untuk pejamkan mata.. tapi aku tak terlena,, kerana aku masih teringat padamu... Begitu payahnya untuk aku melupakan dirimu sayang...Pernahkah engkau fikirkan perasaan aku ini???

Ingin aku katakan sesuatu padamu sayang.. Aku harap engkau fahami apa yang hendak aku katakan... Terpulanglah pada dirimu untuk mempercayai segala kata2 ku ini ataupun tidak.. Sekiranya kau fahami apa yang tersirat dihatiku ini, tentu kau akan menyedarinya... Aku merasa sungguh bahagia saat bersamamu... Hari2 yang kita lalui sentiasa dihiasi dengan cahaya kebahagiaan.. Walaupun kita pernah terluka, namu hatiku masih menyayangimu sayang..

Aku masih setia dengan janji yang ku genggam.. Aku hanya terdaya melihat kau pergi kepada insan yang kau suka.. Alangkah indahnya hidupku ini andai engkau terus bersamaku... Sekiranya aku pernah melukai hatimu, maafkan lah diriku yang hina ini... Andai aku tiada dimatamu.. Ingatlah aku dalam doamu...

# Tiada kaitan dengan diri aku pn.. sje je tulis.. Sebenarnya aku bahagia kini... Bersama my KING of Heart.. :)


Idea dipetik dari sini.. hehe... :)

No comments:

Post a Comment